Untuk Soalan 2, anda perlu memasukkan lokasi anda berada di sini. Terdapat 2 cara untuk mendapatkan lokasi anda:
Menggunakan GPS
1. Aktifkan GPS di telefon / tablet / komputer riba anda. Pastikan anda telah menentukur GPS anda dengan membuat bentuk 8 secara mendatar untuk beberapa kali.
2. Pastikan lokasi di peta adalah tempat lokasi pemerhatian dibuat.
Sekiranya peta menunjukkan lokasi yang betul, tandakan kotak "Location correct".
Sekiranya peta menunjukkan lokasi yang salah,alihkan peta ke tempat pemerhatian, kemudian tandakan kotak "Location correct".
3. Itu sahaja!
Atau
Secara manual
1. Masukkan nama tempat pemerhatian, (contoh; Kuala Terengganu)
2. Letakkan titik merah ke lokasi anda dengan mengalihkan peta.
3. Tandakankotak "Location correct".
Pilihan negara akan dipilih secara automatik untuk anda.