panduan LAPORAN INTERNATIONAL METEOR ORGANIZATION

anda saksi melihat "fireball"?

JIKA ANDA SEORANG SAKSI MELIHAT CAHAYA CERAH MELINTASI LANGIT YANG MEMPUNYAI KRITERIA METEOR ATAU FIREBALL, ANDA BOLEH MELAPORKAN KENAMPAKAN TERSEBUT DI PERINGKAT  ANTARABANGSA KE INTERNATIONAL METEOR ORGANIZATION.
Layari laman sesawang di bawah untuk melaporkan pemerhatian
https://fireballs.imo.net/members/imo/report_intro
Klik “Start Now”
Tandakan “Yes” jika anda mempunyai gambar atau video peristiwa tersebut
“No” sekiranya tidak berkaitan dan teruskan ke Langkah 1
Klik “Continue
Muat naik gambar meteor yang anda dapat.
Tandakan dan masukkan maklumat pada pilihan hakcipta yang berkaitan.
Klik “Continue”
Muat naik video yang anda dapat. Tandakan pada maklumat pilihan yang berkaitan. 
Klik “Continue”
Masukkan maklumat lokasi pemerhatian anda. Gunakan ikon “manusia” di paparan peta untuk meletakkan lokasi yang lebih tepat.
Klik “Continue”
Masukkan maklumat seperti
  1. Tarikh
  2. Masa tempatan
  3. Tempoh masa meteor kelihatan.
Pastikan anda menyemak dan pastikan maklumat tarikh dan masa yang anda masukkan adalah tepat. Sekiranya tersalah memasukkan maklumat, anda boleh mengubah maklumat awal yang dimasukkan dengan menekan butang “No, this is wrong” 
Gunakan slider untuk menentukan arah meteor yang di lihat.
Nota: Garisan halus adalah ekor dan garisan yang tebal adalah kepala meteor.
Tentukan arah pandangan anda ketika terlihat meteor.
Klik pada peta dan petunjuk arah berwarna biru akan kelihatan menandakan arah pandangan anda. Maklumat sudut darjah akan kelihatan di ruangan atas peta.
Tentukan arah pandangan anda ketika pertama kali terlihat meteor.
Klik pada peta dan petunjuk arah berwarna hijau akan kelihatan menandakan arah pandangan anda ketika pertama kali terlihat meteor. Maklumat sudut darjah akan kelihatan di ruangan atas peta.
Tentukan ketinggian dari paras ufuk arah pandangan anda ketika pertama kali terlihat meteor.
Gunakan slider untuk meletakkan sudut ketinggian ketika meteor muncul.
Tentukan arah pandangan anda ketika hujung meteor terakhir kelihatan.
Klik pada peta dan petunjuk arah berwarna merah akan kelihatan menandakan arah pandangan terakhir anda melihat meteor. Maklumat sudut darjah akan kelihatan di ruangan atas peta.
Tentukan ketinggian dari paras ufuk arah pandangan anda ketika meteor terakhir kelihatan.
Gunakan slider untuk meletakkan sudut ketinggian ketika meteor terakhir kelihatan.
Nyatakan kadar kecerahan meteor yang paling hampir dan warna meteor yang dilihat.
Sekiranya terdengar bunyi dan kesan dentuman, masukkan maklumat yang diperlukan.
Masukkan maklumat sekiranya terdapat kepulan asap atau jalur cahaya.
Masukkan maklumat peribadi anda sebagai rekod pemerhati. Masukkan komen lain sekiranya ada untuk rujukan.
Hantar!! 

Tahniah! 

Anda telah melaporkan kenampakan fireball dan telah menyumbang kepada kajian dan penetapan kedudukan fireball yang memasuki atmosfera Bumi. Anda kini merupakan salah seorang pencerap fireball yang bertuah. 

ms_MYMalay